GAMBAR hiasan pendaratan etnik Rohingya di Pantai Lampanah, Aceh pada 16 Februari 2023.  FOTO Reuters.
GAMBAR hiasan pendaratan etnik Rohingya di Pantai Lampanah, Aceh pada 16 Februari 2023. FOTO Reuters.
Reuters

Jakarta: Seramai 170 etnik Rohingya mendarat di Aceh, Indonesia pada Sabtu, kata ketua komuniti nelayan wilayah.

Ini adalah kumpulan terbaharu dalam tempoh beberapa minggu, menjadikan jumlah keseluruhan pelarian minoriti Islam Myanmar di Indonesia meningkat kepada 1,000 orang.

Ketika laut tenang antara November dan April setiap tahun, kumpulan minoriti ditindas di Myanmar akan meninggalkan negara itu menggunakan bot kayu, ke Thailand dan negara Islam lain termasuk Bangladesh, Malaysia dan Indonesia.

Ketua Komuniti Nelayan di Aceh, Miftah Cut Ade memberitahu Reuters, kumpulan terbaharu etnik ini mendarat di pantai Le Meulee, Pulau Sabang sebelum Subuh Sabtu.‚Äč

"Kebanyakan mereka adalah wanita dan kanak-kanak, yang mana mereka dalam keadaan lemah," katanya.

Indonesia tidak menandatangani Konvensyen Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu 1951 mengenai pelarian tetapi mempunyai sejarah menerima pelarian apabila mereka tiba di pantai negara itu

Selama bertahun-tahun, etnik Rohingya meninggalkan Myanmar yang majoritinya beragama Budha.

Di negara itu, secara amnya etnik Rohingya dianggap sebagai penceroboh asing dari Asia Selatan, dinafikan kewarganegaraan, selain turut didera.

Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 2 Disember 2023 @ 3:47 PM