LELAKI Palestin berpelukan dengan saudara-mara selepas dibebaskan dari penjara Israel. FOTO AFP
LELAKI Palestin berpelukan dengan saudara-mara selepas dibebaskan dari penjara Israel. FOTO AFP
AFP

Baitulmaqdis: Israel membebaskan 30 tahanan Palestin pada Khamis, dalam pertukaran terkini di bawah perjanjian gencatan senjata yang dijadualkan tamat hari ini, kata pihak berkuasa penjara rejim zionis

Banduan berkenaan termasuk 23 kanak-kanak bawah umur dan tujuh wanita, dibebaskan beberapa jam selepas lapan tebusan Israel dibebaskan oleh kumpulan pejuang Hamas Palestin.

Perjanjian gencatan senjata antara Israel dan Hamas menetapkan bahawa sekurang-kurangnya 10 tebusan Israel harus dibebaskan, setiap hari.

Tetapi sumber yang rapat dengan Hamas memberitahu AFP, dua wanita Rusia-Israel dibebaskan pada Rabu, selain 10 yang lain menggantikan hanya lapan warga Israel yang dibebaskan pada Khamis.

Sejak dikuatkuasakan 24 November lalu, perjanjian gencatan senjata menghasilkan pembebasan 110 tebusan, termasuk 80 warga Israel.

Majoriti daripada 30 tebusan bukan Israel yang dibebaskan adalah dari Thailand, dibebaskan di bawah perjanjian berasingan.

Sebagai pertukaran, Israel sudah membebaskan 240 tahanan Palestin.

Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 1 Disember 2023 @ 10:34 AM