Tentera Israel memeriksa kompleks hospital Al Shifa, di tengah-tengah operasi darat mereka terhadap kumpulan pejuang Hamas, di Kota Gaza, pada 15 November 2023. FOTO Pasukan Pertahanan Israel/Edaran melalui REUTERS
Tentera Israel memeriksa kompleks hospital Al Shifa, di tengah-tengah operasi darat mereka terhadap kumpulan pejuang Hamas, di Kota Gaza, pada 15 November 2023. FOTO Pasukan Pertahanan Israel/Edaran melalui REUTERS
AFP

Semenanjung Gaza: Kementerian kesihatan yang dikendalikan Hamas di Semenanjung Gaza berkata pada Khamis bahawa tentera Israel memusnahkan bahagian pintu masuk selatan Hospital Al-Shifa menggunakan jentolak.

Kata kementerian itu dalam kenyataan ringkas.

Tentera Israel memberitahu AFP bahawa operasi sedang dijalankan di kompleks hospital itu.

"Malam ini kami menjalankan operasi yang disasarkan ke Hospital Al-Shifa. Kami terus bergerak ke hadapan," kata Ketua Operasi Tentera Israel, Mejar Jeneral Yaron Finkelman, di saluran Telegram tentera.

Tentera melakukan operasi di Al-Shifa pada hari Rabu, mencetuskan kebimbangan dan kritikan antarabangsa yang serius.

Seorang wartawan yang berhubung dengan AFP, yang terperangkap di dalam hospital, berkata tentera menembak ke udara dan mengarahkan lelaki muda menyerah diri apabila mereka masuk ke hospital semalam.

Kira-kira 1,000 lelaki Palestin dengan tangan di atas kepala, berada di halaman, beberapa daripada mereka dibogelkan oleh tentera Israel untuk memeriksa sama ada mereka mempunyai senjata atau bahan letupan, kata wartawan itu.

Menjelang awal petang, tentera Israel berundur dari kemudahan itu, kata wartawan itu.

Kedua-dua Israel dan sekutu utamanya Amerika Syarikat mendakwa kumpulan pejuang Hamas mempunyai pusat arahan di bawah kompleks Al-Shifa, satu pertuduhan yang dinafikan oleh Hamas dan pengarah di hospital itu, yang menjadi tumpuan dalam perang 40 hari itu.

Tentera Israel mendakwa mereka menemui "peralatan ketenteraan dan tempur" di dalam kawasan itu semasa operasi Rabu.

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 16 November 2023 @ 9:21 AM