SEORANG lelaki duduk berhampiran pintu pagar di Sempadan Rafah. FOTO AFP
SEORANG lelaki duduk berhampiran pintu pagar di Sempadan Rafah. FOTO AFP
AFP

Gaza City: Kerajaan Hamas Gaza menggantung sementara pemindahan pemegang pasport asing ke Mesir pada Sabtu selepas Israel enggan membenarkan beberapa rakyat Palestin yang cedera dipindahkan ke hospital Mesir, kata seorang pegawai sempadan.

"Tiada pemegang pasport asing akan meninggalkan Semenanjung Gaza sehingga orang cedera yang perlu dipindahkan dari hospital di utara Gaza diangkut melalui lintasan Rafah," ke Mesir, kata pegawai itu yang enggan namanya disiarkan.‚Äč

Sumber keselamatan Mesir mengesahkan kepada AFP bahawa tiada orang yang cedera atau pemegang pasport asing tiba di terminal Mesir Rafah pada Sabtu.

Beliau berkata pemindahan itu ditangguhkan selepas pengeboman sebuah ambulans dalam perjalanan menghantar mangsa yang cedera ke terminal Mesir.

Pada hari Jumaat, tentera Israel mengumumkan ia menyerang sebuah ambulans di luar Hospital Al-Shifa, hospital terbesar di Gaza, dengan mengatakan ia 'digunakan oleh sel pejuang Hamas.

Sekurang-kurangnya 15 orang terbunuh dan 60 cedera dalam serangan itu, menurut kementerian kesihatan di Gaza.

Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 5 November 2023 @ 1:17 PM