Reuters

Semenanjung Gaza: Tanpa minyak yang tinggal di dalam keretanya, doktor Palestin dari Gaza ini bergerak dengan basikalnya dari satu tempat perlindungan sementara ke tempat lain, memberikan rawatan dan ubat yang sangat diperlukan kepada pesakit yang kehilangan tempat tinggal.

"Kebanyakan orang meninggalkan ubat-ubatan mereka di bawah runtuhan, jadi kami perlu melawat mereka di sekolah dan memeriksa mereka serta memberi rawatan untuk penyakit kronik," kata Hassan Zain al Din, 54 tahun.

Menurutnya, jalan yang rosak dan runtuhan di atas tanah menyukarkan dia untuk sampai ke destinasinya, kadang-kadang terpaksa membawa basikalnya di atas serpihan.

HASSAN meneruskan tugasnya merawat pesakit walaupun perlu meredah jalan rosak dan bangunan runtuh. FOTO Reuters
HASSAN meneruskan tugasnya merawat pesakit walaupun perlu meredah jalan rosak dan bangunan runtuh. FOTO Reuters

Enklaf itu mengalami kekurangan makanan, air, bahan api dan perubatan, di tengah-tengah konflik berterusan dengan Israel.

Selepas pejuang kumpulan Palestin Hamas menyerang selatan Israel pada 7 Oktober, membunuh 1,400 orang, Israel bertindak balas dengan sekatan penuh ke atas Gaza, pengeboman berat dan operasi darat.

Sekurang-kurangnya 8,525 rakyat Palestin, termasuk 3,542 kanak-kanak, terbunuh dalam serangan Israel ke atas Gaza sejak 7 Oktober, kata Kementerian Kesihatan Gaza.

Israel telah berikrar untuk menghapuskan Hamas. Tetapi angka kematian orang awam di Gaza dan keadaan kemanusiaan yang terdesak telah menyebabkan kebimbangan besar di seluruh dunia.

HASSAN menunggang basikalnya ke kem perlindungan untuk merawat pesakit. FOTO Reuters
HASSAN menunggang basikalnya ke kem perlindungan untuk merawat pesakit. FOTO Reuters

Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 4 November 2023 @ 3:49 PM