KANAK-KANAK Afghanistan bermain di hadapan khemah perlindungan selepas kediaman mereka musnah akibat gempa bumi di pedalaman Herat 15 Okt lalu. FOTO AFP.
KANAK-KANAK Afghanistan bermain di hadapan khemah perlindungan selepas kediaman mereka musnah akibat gempa bumi di pedalaman Herat 15 Okt lalu. FOTO AFP.
Bernama-Xinhua

Kabul: Afghanistan telah memulakan projek pembinaan rumah untuk penduduk yang terjejas akibat gempa bumi di wilayah Herat, lapor Xinhua.

"Kerja-kerja untuk membina 2,146 rumah di Herat telah pun bermula," kata ketua jurucakap pentadbiran sementara Afghanistan, Zabiullah Mujahid, pada Rabu.

Fasa awal projek berkenaan dilaksanakan di Siah Ab yang terletak di Zindajan, daerah yang paling terjejas teruk akibat gempa bumi itu.

Gempa bumi berukuran 6.3 pada skala Richter telah melanda Herat dan wilayah Badghis dan Farah pada 7 Okt lepas, menyebabkan ribuan nyawa terkorban.

Menurut pemangku Timbalan Perdana Menteri Mullah Abdul Ghani Baradar, kira-kira 1,500 rumah musnah dalam bencana itu.

Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 18 Oktober 2023 @ 7:19 PM