ASAP tebal susulan serangan udara Israel di Gaza pada Khamis. FOTO AFP
ASAP tebal susulan serangan udara Israel di Gaza pada Khamis. FOTO AFP
AFP

Tel Aviv: Setiausaha Negara Amerika Syarikat (AS), Antony Blinken, berikrar bahawa sokongan AS yang tidak berbelah-bahagi untuk Israel dalam perang ke atas Hamas semasa lawatan di Tel Aviv, Khamis lalu.

Tetapi beliau berkata, rakyat Palestin juga mempunyai 'aspirasi sah' yang tidak diwakili oleh kumpulan Islam.

Lelaki bersenjata Hamas menyerang Zionis dan mendakwa ia menyebabkan sekurang-kurangnya 1,200 terbunuh di pihaknya dan mengambil kira-kira 150 tebusan Israel dalam serangan mengejut yang dilancarkan dari Gaza pada Sabtu minggu lalu.

Israel bertindak balas dengan serangan udara dan artileri ke atas sasaran Hamas di Gaza selama enam hari dan mendakwa ia mengorbankan sekurang-kurangnya 1,400 nyawa.

Israel bersedia untuk kemungkinan pencerobohan darat ke atas wilayah Palestin.

"Anda mungkin cukup kuat sendiri untuk mempertahankan diri.

"Tetapi selagi Amerika wujud, kami akan sentiasa ada di sisi anda," kata Blinken pada sidang media bersama di Tel Aviv dengan Perdana Menteri Benjamin Netanyahu.

Jet pejuang dan dron Israel terbang di atas Gaza dalam pengeboman tanpa henti yang memusnahkan beribu-ribu bangunan, manakala Hamas kini melepaskan lebih 5,000 roket ke Israel dari Gaza, kata tentera.

Blinken, menuju ke Arab Saudi, Mesir, Emiriah Arab Bersatu (UAE), Qatar dan Jordan untuk memberi tekanan kepada Hamas dan memastikan pembebasan tebusan di Gaza.

Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 13 Oktober 2023 @ 9:29 AM