SEORANG lelaki berdiri di atas bot penumpang yang terbalik di Laguna de Bay. FOTO Ihsan Philipine Coast Guard via Reuters
SEORANG lelaki berdiri di atas bot penumpang yang terbalik di Laguna de Bay. FOTO Ihsan Philipine Coast Guard via Reuters
Bernama-Xinhua

Manila: Angka kematian akibat kemalangan sebuah bot penumpang penuh sesak yang terbalik di Laguna de Bay di luar wilayah Rizal pada Khamis telah meningkat kepada 26 orang, kata Pengawal Pantai Filipina (PCG) pada Jumaat.

PCG berkata bot yang mempunyai kapasiti maksimum 42 penumpang itu membawa sehingga 70 orang. Para penumpang tidak memakai jaket keselamatan, lapor Xinhua.

Operasi mencari diteruskan pada pagi Jumaat, kata PCG.

Bot itu dalam perjalanan ke Pulau Talim di Laguna de Bay, tasik terbesar di Filipina, dari bandar Binangonan ketika kemalangan itu berlaku.

Kemalangan itu berlaku ketika Taufan Doksuri melanda Filipina, menyebabkan banjir dan tanah runtuh.

Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 28 Julai 2023 @ 3:21 PM