Gambar hiasan. FOTO AFP.
Gambar hiasan. FOTO AFP.
BERNAMA

Jakarta: Gunung Berapi Semeru di Indonesia meletus pada Rabu, memuntahkan kepulan abu sehingga 600 meter ke udara dari atas kawah.

Kepulan abu itu berwarna kelabu dengan intensiti tebal ke utara, menurut Pusat Vulkanologi dan Mitigasi Bahaya Geologi negara, PVMBG.

Pada 7.58 pagi waktu tempatan, PVMBG merekodkan letusan pada seismograf. Ia mencatatkan amplitud maksimum 22 milimeter selama 105 saat.

Penduduk di kawasan sekitar digesa mengelak radius lima kilometer (km) di sekitar gunung itu dan sebarang aktiviti di bahagian tenggara Besuk Kobokan yang terletak 13 km dari puncak.

Pada Disember tahun lepas, pihak berkuasa memindahkan hampir 2,000 orang yang tinggal berhampiran Semeru selepas gunung berapi itu memuntahkan abu sejauh 15 kilometer.

Letusan pada 4 Disember 2021, sekurang-kurangnya 69 orang terbunuh, 104 cedera dan lima yang lain masih hilang.

Ancaman gunung setinggi 3,676 meter itu masih dalam status berjaga-jaga .

Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 21 Jun 2023 @ 8:41 PM