MASJID Nabawi, Madinah. FOTO fail AFP
MASJID Nabawi, Madinah. FOTO fail AFP
Agensi

Riyadh: Seramai 718,030 jemaah haji pelbagai negara tiba di Madinah setakat ini melalui pintu masuk udara dan darat untuk menunaikan haji tahun ini, lapor SPA pada Sabtu.

Jawatankuasa Haji dan Lawatan berkata, berdasarkan laporan statistik, jumlah ketibaan pada Sabtu mencecah 29,090 jemaah, yang mana 25,962 tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Putera Mohammad bin Abdulaziz di Madinah.

Laporan statistik yang disiarkan pada Sabtu juga menunjukkan 556,953 jemaah berlepas ke Makkah pada Sabtu, manakala jumlah jemaah yang tinggal di Madinah sehingga semalam mencecah 161,021 jemaah.

Ketika ini, kadar penghunian perumahan di Madinah ialah 54 peratus, dan 32,631 jemaah haji mendapat manfaat daripada perkhidmatan perubatan yang diberikan kepada mereka.

Pihak berkuasa di Madinah bekerja sepanjang masa untuk mengikuti perkembangan jemaah haji yang tiba melalui pintu masuk udara dan darat bagi jemaah dapat menunaikan ibadah haji dengan baik tahun ini.

Sementara itu, Mahkamah Agung menyeru umat Islam di seluruh Arab Saudi untuk memerhati anak bulan ketika matahari terbenam pada hari ke-29 Zulkaedah, yang jatuh pada 18 Jun.

Anak bulan itu akan menandakan permulaan bulan Zuhijjah.

Sesiapa yang melihatnya diminta melaporkan ke mahkamah terdekat.

Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 18 Jun 2023 @ 4:14 PM