GAMBAR hiasan
GAMBAR hiasan
AFP

Sydney: Pemandu bas sekolah maut pada Isnin apabila kenderaannya bertembung dengan dua unta dan terjunam ke bawah sebuah tambak di timur Australia.

Lelaki itu, 40-an, memandu bas pada awal pagi apabila dia melanggar haiwan itu di jalan raya di Nankin, kawasan luar bandar di negeri Queensland, kata polis.

Difahamkan, tiada penumpang di dalam bas berkenaan.

Siasatan awal menunjukkan bas sekolah itu "merempuh dua unta dan jatuh ke bawah benteng" kata polis Queensland dalam satu kenyataan.

Pemandu itu "kritikal dan meninggal dunia di tempat kejadian", katanya. "Dua unta itu juga mati akibat kejadian itu."

Penternak unta, John Richardson memberitahu penyiar kebangsaan ABC bahawa polis memaklumkan kepadanya haiwannya terbabit dalam perlanggaran.

Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 5 Jun 2023 @ 4:02 PM