PASANGAN di Indonesia menjadi tajuk berita apabila pengantin lelaki menyerahkan tiket konsert Coldplay sebagai sebahagian mas kahwin, baru-baru ini. FOTO Instagram dan Twitter
PASANGAN di Indonesia menjadi tajuk berita apabila pengantin lelaki menyerahkan tiket konsert Coldplay sebagai sebahagian mas kahwin, baru-baru ini. FOTO Instagram dan Twitter
Agensi

Jakarta: Pasangan di Indonesia menjadi tajuk berita apabila pengantin lelaki menyerahkan tiket konsert Coldplay sebagai sebahagian mas kahwin, lapor Straits Times.

Video yang dimuat naik di Twitter pada Sabtu oleh rhfndtaaa, yang memuat naik hantaran "abang berkahwin dengan mas kahwin tiket (konsert) Coldplay".

Menerusi klip video berkenaan, pengantin lelaki dilihat memegang tangan bapa pengantin perempuan yang berkata: "Saya nikahkan kamu dengan anak perempuan saya Anastasya Ayu Widiadana dengan mas kahwin 21 gram, emas, sepersalinan solat dan tiket konsert Coldplay."

Lelaki terbabit menyatakan menerima perkahwinan itu.

Klip itu kemudian dikongsi oleh akaun peminat Coldplay di Instagram, @idwantscoldplay dan tular di media sosial.

Pengantin perempuan juga, berkongsi beberapa berita mengenai mas kahwinnya yang unik itu di akaun Instagramnya.

Coldplay akan mengadakan persembahan pertama kali di Indonesia di Stadium Gelora Bung Karno di sini, pada 15 November depan, sebagai antara lokasi persinggahan jelajah Music Of The Spheres World Tour.

Tiket konsert Coldplay di rantau ini termasuk Indonesia dan Malaysia, menyebabkan 'perang tiket' apabila ia mendapat permintaan yang tinggi.

Ia menyebabkan ada 'ulat tiket' atau scalpers yang menjual semula tiket konsert itu pada harga sehingga enam kali ganda di kedua-dua negara.

Di Indonesia, prajualan eksklusif konsert itu khusus untuk pemegang tiket Bank Central Asia, Indonesia yang diadakan awal bulan ini dan ia habis dijual dalam masa 30 minit.

Tiket jenis lain pula juga sudah habis dijual, menurut TEM Presents, antara salah satu promoter tempatan untuk konsert itu menerusi akaun Instagramnya, minggu lalu.

Kumpulan itu juga dijadual mengadakan konsert di Stadium Nasional Bukit Jalil, Malaysia, pada 22 November depan.

Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 24 Mei 2023 @ 9:37 AM