Lapangan Terbang Antarabangsa Narita, Tokyo. FOTO fail AFP
Lapangan Terbang Antarabangsa Narita, Tokyo. FOTO fail AFP
AFP

Tokyo: Jepun berhenti daripada menguji pengembara dari China, untuk Covid-19, kata kerajaan pada Isnin, sekali gus mengakhiri polisi yang sebelum ini dikatakan Beijing sebagai diskriminasi.

Mulai Rabu, pengembara dari China perlu menunjukkan bukti vaksinasi atau keputusan negatif sebelum berlepas - seperti pengembara lain dan - kata kerajaan dalam satu kenyataan.

Keputusan itu menamatkan polisi susulan langkah China membuka semula sempadan antarabangsanya mulai Januari lalu.

Susulan pengumuman China itu, puluhan negara menguatkuasakan peraturan kemasukan ketika situasi lonjakan jangkitan di negara itu yang mula melonggarkan polisi sifar-Covid.

Dalam reaksinya, China menangguhkan pengeluaran visa jangka pendek untuk warga Jepun, dengan kementerian luarnya menyelar tindakan Jepun sebagai diskriminasi.

Ia menyambung semula pengeluaran visa kepada warga Jepun pada akhir Januari, namun Jepun mengekalkan peraturan untuk ujian saringan semasa ketibaan untuk pengembara dari China.

Pelancong China meliputi satu pertiga jumlah pelancong asing ke Jepun, sebelum pandemik Covid-19.

Minggu lalu, Britain juga berkata, pengembara dari China tidak lagi perlu mengemukakan keputusan negatif ujian Covid-19 mulai 5 April.

Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 4 April 2023 @ 9:50 AM