ORANG ramai mengeliling struktur bumbung yang runtuh. FOTO AP
ORANG ramai mengeliling struktur bumbung yang runtuh. FOTO AP
BERNAMA

New Delhi: Sekurang-kurangnya 12 orang maut selepas bumbung menutupi "bawdi" runtuh ketika ritual keagamaan berlangsung di sebuah kuil di Indore, Madhya Pradesh pada Khamis.

Kira-kira 30 orang dilaporkan terperangkap selepas bumbung yang menutupi "bawdi" (tangga perigi) di kuil itu runtuh semasa upacara perayaan Hindu Ram Navami,lapor media tempatan.

Sebilangan besar penganut berkumpul untuk mengambil bahagian dalam upacara yang dikenali sebagai "havan" sejurus sebelum bumbung itu runtuh.

"Sangat sedih menerima perkhabaran di Indore," kata Perdana Menteri Narendra Modi menerusi ciapan di Twitter.

Ketua menteri Madhya Pradesh Shivraj Singh Chouhan mengumumkan sumbangan berjumlah setengah juta rupee (RM26,820) bagi setiap keluarga mangsa yang terkorban.

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 30 Mac 2023 @ 9:59 PM