BENJAMIN Netanyahu. FOTO AFP
BENJAMIN Netanyahu. FOTO AFP
BERNAMA

Moscow: Perdana Menteri Israel Benjamin Netanyahu terpaksa menangguhkan lawatan ke London selama sehari kerana menghadapi masalah dengan beberapa juruterbangnya, Sputnik memetik laporan The Telegraph.

"Difahamkan kebanyakan juruterbang Israel enggan membawa Netanyahu ke United Kingdom," menurut sumber kerajaan UK.

Keengganan juruterbang itu dikaitkan dengan rancangan Netanyahu untuk menyusun semula sistem perundangan Israel, yang menyebabkan protes besar-besaran.

Beribu-ribu orang mengadakan bantahan terhadap reformasi kehakiman di Israel yang kini berlanjutan hampir 11 minggu.

Draf undang-undang yang dibentangkan oleh Menteri Kehakiman Yariv Levin pada Januari, jika diterima pakai, bakal menyekat kuasa Mahkamah Agung Israel dan memberi kebenaran kepada kerajaan mengawal prosedur pelantikan hakim.

Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 24 Mac 2023 @ 2:18 PM