GAMBAR hiasan. FOTO Agensi
GAMBAR hiasan. FOTO Agensi
Agensi

Jakarta: Agensi kerajaan dilarang mengadakan majlis berbuka puasa, lapor Kompas.

Setiausaha Kabinet (Seskab) Pramono Anung berkata, bagaimanapun larangan itu hanya ditujukan kepada pegawai kerajaan manakala orang ramai bebas mengadakan majlis berbuka puasa sepanjang Ramadan.

"Ini (larangan berbuka puasa bersama) tidak kepada masyarakat umum.

"Justeru, orang ramai masih diberi kebebasan untuk mengadakan majlis berbuka puasa," katanya dalam kenyataan media pada Khamis.

Pramono berkata, antara pegawai kerajaan yang tertakluk kepada larangan itu termasuk Menteri Koordinator (Menko), menteri Kabinet Indonesia, ketua institusi kerajaan dan pegawai kerajaan negeri (ASN).

Beliau berkata, larangan itu berikutan orang awam memerhatikan mereka dan kecenderungan pegawai mempamerkan kekayaan serta hidup mewah di media sosial.

"Ketika ini, pegawai kerajaan sangat mendapat perhatian daripada orang ramai.

"Atas sebab itu, presiden meminta ASN berbuka puasa dengan gaya hidup sederhana dan tidak menjemput pegawai mereka untuk berbuka puasa bersama," katanya.

Katanya, arahan Presiden Jokowi yang melarang pegawai dan ASN mengadakan iftar bersama adalah untuk menunjukkan contoh kesederhanaan kepada orang ramai.

Terdahulu, Jokowi meminta aktiviti buka puasa bersama di kalangan pegawai dan penjawat awam sepanjang Ramadan dimansuhkan.

Arahan itu menerusi Surat Setiausaha Kabinet pada Rabu yang ditujukan kepada menteri Kabinet Indonesia, Jaksa Agung, Panglima Angkatan Bersenjata Indonesia, Ketua Polis Negara dan ketua agensi dengan tiga peraturan ditetapkan.

Antaranya adalah pandemik Covid-19 yang berada dalam peralihan endemik memerlukan mereka terus berhati-hati menyebabkan majlis berbuka puasa hendaklah dimansuhkan dan menteri, ketua institusi, pegawai daerah menyampaikan arahan itu untuk dipatuhi semua pegawai.

Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 24 Mac 2023 @ 9:25 AM