WANITA India ini menderma susunya kepada lebih 2,500 bayi.
WANITA India ini menderma susunya kepada lebih 2,500 bayi.
Agensi

New Delhi: Mulianya hati seorang wanita dari Coimbatore, Tamil Nadu, India kerana sanggup mendermakan susu badannya kepada bayi yang memerlukan.

Hasil sumbangannya itu, Srividya yang berusia 27 tahun menerima pengiktirafan sekali gus mencipta sejarah dalam Rekod India 2022.

Portal news18 melaporkan, wanita berkenaan mendermakan 105 liter susu dalam dalam tempoh tujuh bulan.

Usahanya itu memberi manfaat kepada sekurang-kurangnya 2,500 bayi termasuk bayi yang tidak cukup berat.

Hasil perkahwinan dengan suaminya, wanita itu dikurniakan dua zuriat iaitu anak lelaki berumur empat tahun dan bayi perempuan 10 bulan.

Inisiatif derma susu ibu adalah idea cetusan Srividya sendiri.

Niat wanita itu adalah membantu kanak-kanak yang memerlukan.

Media tempatan India melaporkan, usaha wanita itu mendapat sokongan penuh daripada suaminya, Bhairav.

Buktinya, Bhairav bukan hanya mencari maklumat mengenai pendermaan susu ibu, malah membantunya melalui proses itu.

Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 6 Februari 2023 @ 12:35 PM