GAMBAR HIASAN EMAIL
GAMBAR HIASAN EMAIL
Agensi

New Delhi: Padah ketagih bermain permainan Ludo, seorang wanita India yang tewas terpaksa menyerahkan dirinya kerana kehabisan wang untuk membayar wang taruhan kepada tuan rumahnya.

Insiden itu dilaporkan berlaku di kawasan Devkali di Nagar Kotwali, Pratapgarh, Uttar Pradesh.

Wanita itu berjudi dengan wang yang dihantar suaminya, yang bekerja di Jaipur, Rajasthan.

Menurut laporan India Today, wanita itu ketagih dengan permainan Ludo dan bermain permainan itu dengan tuan rumahnya secara tetap.

Suatu hari, ketika mereka berdua bermain permainan dan membuat pertaruhan, wanita itu mempertaruhkan dirinya kerana dia kehabisan semua wangnya.

Dia menelefon suaminya dan menceritakan keseluruhan kejadian, namun suaminya membuat laporan polis sebelum menyiarkan kejadian itu di platform media sosial dan tular.

Menurut suaminya, wanita itu kini menetap bersama tuan rumah mereka.

"Saya cuba membuatnya meninggalkan lelaki itu, tetapi dia tidak bersedia lagi," katanya.

Suami Renu mendakwa, dia pernah tinggal di rumah sewa di Devkali.

Enam bulan lalu, dia ke Jaipur untuk bekerja dan sering menghantar wang kepada isterinya yang kemudian digunakan wanita itu untuk berjudi.

Pasangan itu dilaporkan mempunyai dua cahaya mata.

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 8 Disember 2022 @ 12:44 PM