PASUKAN melakukan kerja menyelamat di lombong berkenaan. FOTO EPA
PASUKAN melakukan kerja menyelamat di lombong berkenaan. FOTO EPA
Reuters

Seoul: Dua pelombong Korea Selatan yang terperangkap di dalam lombong zink yang runtuh di daerah Bonghwa di timur laut negara itu, terselamat selepas sembilan hari terperangkap.

Kejadian berlaku ketika negara itu berkabung akibat tragedi Halloween yang menyebabkan ratusan maut.

Pihak berkuasa bomba tempatan berkata, dua pelombong itu berjalan keluar dari lombong bawah tanah yang runtuh pada 26 Oktober, melalui usaha menyelamat yang menumpukan pada penggerudian lubang.

Kedua-duanya terselamat dengan memakan serbuk kopi segera yang manis dan memasang khemah dengan plastik di dalam lombong yang runtuh untuk memanaskan diri mereka, lapor Yonhap News tempatan memetik penyelamat.

Presiden Korea Selatan Yoon Suk-yeol sebelum ini mengisytiharkan tempoh berkabung selama seminggu hingga 5 November selepas 156 orang terbunuh dalam kekecohan rempuhan ketika perayaan Halloween di Seoul.

Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 5 November 2022 @ 11:05 AM