ITARU Nakamura. FOTO AP
ITARU Nakamura. FOTO AP
AFP

Tokyo: Ketua Polis Jepun Itaru Nakamura sah meletak jawatan hari ini selepas siasatan keselamatan berhubung pembunuhan bekas perdana menteri, Shinzo Abe selesai.

"Kami memutuskan untuk mengejutkan kakitangan kami dan memulakan tugas keselamatan kami.

"Itulah sebab saya menyerahkan peletakan jawatan saya kepada Suruhanjaya Keselamatan Awam Kebangsaan hari ini," katanya kepada pemberita hari ini.

Nakamura membuat pengumuman itu pada sidang media yang memperincikan hasil siasatan terhadap kelemahan bagaimana bekas perdana menteri itu dilindungi.

"Ketika kami meneliti dan merenung kejadian itu, kami memutuskan untuk memulakan semula dan merombak sistem keselamatan kami," katanya.

Pada 8 Julai lalu, dunia dikejutkan dengan kematian Abe yang ditembak dan dibunuh ketika hadir berkempen di wilayah Nara.

Suspek pembunuhannya ditahan di tempat kejadian dan dipercayai menyasarkan Abe kerana menyangka dia ada kaitan dengan Gereja Penyatuan.

Abe ialah ahli politik terkenal Jepun dan perdana menteri paling lama berkhidmat, namun keselamatan agak ringan ketika beliau menyampaikan ucapan di sebuah jalan di wilayah barat.

Polis tempatan di kawasan itu turut tidak menafikan dan mengakui kelemahan dalam aspek keselamatan bekas pemimpin itu.

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 25 Ogos 2022 @ 3:18 PM