POLIS New Zealand melakukan siasatan di lokasi kejadian. FOTO AP
POLIS New Zealand melakukan siasatan di lokasi kejadian. FOTO AP

Agensi

Wellington: Polis berkata mayat yang ditemui di dalam beg pakaian dalam loker simpanan di New Zealand milik dua kanak-kanak, dan sudah disembunyikan selama beberapa tahun.

Kanak-kanak yang berusia antara 5 hingga 10 tahun itu sudah mati selama beberapa tahun, manakala beg pakaian itu sudah disimpan sekurang-kurangnya tiga atau empat tahun, kata Detektif Inspektor Tofilau Faamanuia Vaaelua.

Menurut Itv.com, hasil bedah siasat yang dijalankan mendapati mereka dalam usia sekolah rendah.

"Mayat mereka disembunyikan dalam dua beg pakaian yang sama saiz.

"Siasatan masih di peringkat awal tetapi akan dijalankan dengan teliti.

"Ini termasuk menentukan di mana, bila dan bagaimana (kejadian berlaku)," kata detektif Polis New Zealand kepada wartawan di Auckland.

Sebuah keluarga membeli barangan peribadi dan isi rumah dalam satu lelongan secara dalam talian dan membawanya pulang minggu lalu.

Vaaelua menekankan, keluarga itu tiada kaitan dengan kematian dua kanak-kanak itu dan difahamkan dalam keadaan tertekan dengan penemuan itu.

Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 19 Ogos 2022 @ 10:12 AM