PERBEZAAN wajah Lee sebelum (kiri) dan selepas (kanan) menjalani pembedahan berkenaan.
PERBEZAAN wajah Lee sebelum (kiri) dan selepas (kanan) menjalani pembedahan berkenaan.
Agensi

Seoul: Seorang wanita di Korea Selatan mendakwa sudah membelanjakan 50,000 pound sterling (kira-kira RM269,862) bagi menjalani pembedahan plastik dan rawatan kosmetik untuk kelihatan seperti Kim Kardashian.

Independent UK melaporkan, Cherri Lee, yang nama lahirnya Hanbyeol bagi menjalani beberapa pembedahan pada bahagian wajah dan badan, untuk menukar ciri serta bentuk badannya menjadi persis bintang realiti itu.

Wanita berusia 28 tahun itu berkata, dia menjalani 15 pembedahan dalam tempoh lapan tahun termasuk tiga, pada bahagian punggung, dua kali pada payudara, dan pembedahan dua kelopak mata.

Lee, seorang guru sambilan Bahasa Inggeris berkata, dia sentiasa mahukan payudara yang besar dan wajah persis Kardashian yang glamor.

"Kim sentiasa menjadi inspirasi kepada saya dan dia adalah wanita paling cantik di dunia di mata saya," katanya.

Wanita itu obses dengan pembedahan kerana setiap kali ada masalah, dia melihat perubahan positif dan menyukainya.

"Penampilan saya berubah secara drastik sehingga beberapa ahli keluarganya tidak mengenali saya lagi," katanya.

Menurut Lee, ada yang menyangka dirinya adalah bintang The Kardashians apabila individu melihatnya daripada belakang ketika berada di khalayak.

"Saya pernah terdengar ada orang bertanya antara satu sama lain jika saya Kim dan mereka menyangka saya tidak mendengarnya.

"Saya mendapat orang berkata saya sepatutnya menjadi body double(pengganti) . Terdapat ramai yang kelihatan seperti Kim, tetapi saya berasal dari latar belakang Asia, jadi ia memerlukan lebih banyak usaha," katanya.

Lee menjalani pembedahan pertamanya selepas putus cinta pada 2014 ketika amat tidak yakin dengan dirinya.

Bagaimanapun, Lee percaya sudah menjalani pembedahan yang cukup dan tidak merancang menjalankan prosedur lain pada masa akan datang.

Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 15 Ogos 2022 @ 11:14 AM