TENTERA Israel melakukan kawalan di sempadan Israel-Gaza, gambar fail. FOTO AP
TENTERA Israel melakukan kawalan di sempadan Israel-Gaza, gambar fail. FOTO AP
AP

Baitulmaqdis: Tentera Israel pada Khamis menghantar tentera tambahan ke sekitar Semenanjung Gaza sebagai langkah bersiap sedia kemungkinan berlakunya serangan selepas penahanan seorang anggota kumpulan Jihad Islam di Tebing Barat minggu ini.

Pihak berkuasa menutup jalan raya dan kawasan lain di sekitar Gaza selepas serbuan malam Isnin sehingga membawa kepada penahanan anggota kanan kumpulan itu di Jenin, Tebing Barat, manakala seorang remaja Palestin terbunuh ketika pertempuran dengan tentera Israel.

Jihad Islam yang menolak kewujudan Israel berkata, pihaknya akan berjaga-jaga dan meningkatkan kesediaan sebagai tindak balas.

Gaza diperintah Hamas sejak 2007 dan Israel menganggap Hamas bertanggungjawab atas semua serangan yang berpunca dari Gaza, dan kedua-dua pihak sudah bertempur dalam empat peperangan dan berpuluh-puluh pertempuran kecil sejak 15 tahun lalu.

"Peraturan keselamatan yang kami putuskan adalah perlu sebagai langkah persediaan sementara," kata Perdana Menteri Israel Yair Lapid selepas mengadakan mesyuarat keselamatan pada Khamis.

Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 5 Ogos 2022 @ 4:04 PM