PEJABAT pos ini terletak di tengah gurun. FOTO Agensi
PEJABAT pos ini terletak di tengah gurun. FOTO Agensi
Agensi

Ulaanbaatar: Jauh di pedalaman kawasan Gurun Tengger di Inner Mongolia, terdapat sebuah pejabat pos paling sunyi di dunia, yang jauh dari dunia luar.

Berkeluasan 15 meter persegi, pejabat pos diperbuat daripada kayu di Gurun Tengger itu menjadi sesuatu yang menarik perhatian, walaupun tidak mempunyai pelanggan.

Bagaimanapun, terbiar lebih 35 tahun, ia masih dalam keadaan baik.

Usaha beberapa individu yang mengetahui kewujudan pejabat pos padang gurun itu secara tidak sengaja, menjadikan kemudahan itu kini agak sibuk.

Walaupun jarang menerima pelawat, lebih 20,000 surat dan poskad dihantar dari Pejabat Pos Gurun itu dan jumlah itu direkodkan pada Disember tahun lalu.

Ini semua atas usaha Zhang, seorang daripada individu yang terbabit dalam 'menghidupkan' semula pejabat pos berkenaan.

Selepas berusaha gigih merealisasikan projek ini, dia menerima hakikat usahanya itu amat sukar.

Ia memandangkan Pejabat Pos Gurun Mongolia terletak 10 kilometer dari jalan terdekat, sekali gus menyebabkan ia kurang dikunjungi orang ramai.

Tetapi dalam era internet, itu bukan halangan yang tidak dapat diatasi.

Zhang dan rakannya, Luo Meng mendapat idea menjalankan perniagaan sebagai penulis siluman (ghostwriter) untuk mereka yang ingin menghantar surat dan poskad dari pejabat pos paling sunyi di dunia, tanpa perlu melawat tempat itu.

Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 17 Mei 2022 @ 6:30 AM