PENAMPILAN terkini Tara. FOTO Media-Mode
PENAMPILAN terkini Tara. FOTO Media-Mode
Agensi

Sydney: Seorang wanita di Australia sanggup berbelanja 110,000 Pound Sterling (RM606,139) semata-mata mahu tampil seperti anak patung Barbie.

Tara Jayne McConachy, 33, menjadi terkenal selepas tampil dalam Botched, rancangan mengenai pembedahan plastik yang disiarkan dalam saluran The E!.

Wanita itu sudah melakukan lima kali pembedahan termasuk membesarkan payudara, implan punggung, venir dan botox.

Bintang televisyen itu membuat implan payudara namun terpaksa membuangnya kerana menghadapi masalah belakang.

Katanya, dia masih tidak berpuas hati dengan penampilannya dan berharap memiliki payudara lebih besar, kulit licin dan penampilan lebih muda.

Bagaimanapun, Dr Nassif dan Dr Dubrow yang bertanggungjawab terhadap prosedur itu enggan melakukan pembedahan kerana berisiko.

Pakar perubatan memberitahunya, kulit di sekeliling bahagian atas nipis dan jika dia menambah lagi implan silikon, ia boleh memberi risiko kepadanya.

Namun pembedahan itu boleh dilakukan jika Tara menambah lima peratus daripada berat badannya.

Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 18 Mac 2022 @ 7:01 AM