KEADAAN jalan raya selepas dilanda gempa. FOTO AFP
KEADAAN jalan raya selepas dilanda gempa. FOTO AFP
BERNAMA

Tokyo: Dua maut dan 92 lagi cedera selepas gempa bumi 7.4 pada skala Richter menggegarkan timur laut Jepun tengah malam Rabu, lapor Xinhua.

Seramai 92 dilaporkan cedera di tujuh wilayah termasuk Miyagi dan Fukushima setakat ini, menurut Agensi Pengurusan Bomba dan Bencana.

Gempa berlaku pada 11.36 malam waktu tempatan, pada 37.7 darjah utara dan 141.7 darjah timur dengan kedalaman 60 kilometer.

Amaran tsunami sehingga satu meter turut dikeluarkan di pantai wilayah Miyagi dan Fukushima, dan penduduk setempat digesa menjauhi kawasan itu.

Sebahagian perkhidmatan kereta api laju Shinkansen di Tohoku dihentikan pagi Khamis akibat tergelincir dari landasan.

KEADAAN sebuah pasar raya selepas gempa bumi kuat melanda Timur Laut Jepun. AFP
KEADAAN sebuah pasar raya selepas gempa bumi kuat melanda Timur Laut Jepun. AFP

Syarikat Lebuhraya East Nippon menutup sementara beberapa lebuh raya, termasuk Lebuhraya Tohoku di Osaki, Wilayah Miyagi dan Lebuhraya Joban di Soma, Fukushima.

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 17 Mac 2022 @ 11:04 AM