Orang ramai menonton televisyen yang melaporkan berita mengenai pelancaran peluru berpandu Korea Utara. FOTO AFP
Orang ramai menonton televisyen yang melaporkan berita mengenai pelancaran peluru berpandu Korea Utara. FOTO AFP
AFP

Seoul: Korea Utara melancarkan satu lagi peluru berpandu balistik hari ini beberapa hari sebelum pilihan raya Presiden Korea Selatan.

Tentera Seoul melaporkan, ujian senjata dilakukan jirannya itu tahun memecah rekod apabila dilakukan hanya beberapa hari sebelum pilihan raya Presiden.

Sejak Januari, Pyongyang menguji rentetan senjata dan minggu lepas melancarkan apa yang didakwa sebagai komponen "satelit peninjau" - walaupun Seoul menyifatkan ia sebagai peluru berpandu balistik.

Dalam perkembangan berkaitan, tentera Korea Selatan berkata, mereka mengesan peluru berpandu balistik yang dikatakan dilancarkan ke Laut Timur dari kawasan Sunan sekitar 8.48 pagi (waktu tempatan).

Jepun juga mengesahkan pelancaran itu, mengatakan peluru berpandu itu terbang pada ketinggian maksimum kira-kira 550 kilometer dan jarak kira-kira 300 kilometer," kata Menteri Pertahanan Nobuo Kishi.

Menurutnya, kekerapan ujian senjata Pyongyang yang sangat tinggi tahun ini adalah ancaman kepada rantau ini dan tidak boleh diterima.

Sementara itu, penganalisis menyifatkan, pelancaran peluru berpandu ketika pemilihan presiden Korea Selatan berbaki empat hari lagi sebagai tanda tidak puas hati Pyongyang dengan Presiden, Moon Jae-in.

Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 5 Mac 2022 @ 11:26 AM