BELLIS dihalang memasuki New Zealand untuk melahirkan bayi mereka. FOTO Instagram Charlotte Bellis
BELLIS dihalang memasuki New Zealand untuk melahirkan bayi mereka. FOTO Instagram Charlotte Bellis
Agensi

Kabul: Seorang wartawan New Zealand yang hamil terpaksa meminta bantuan Taliban selepas hasratnya untuk melahirkan bayi di negara sendiri dihalang, kini mendapat kebenaran baharu kerajaan untuk memasuki semula negara asalnya itu.

BBC melaporkan, Charlotte Bellis berkata, dia terbang semula ke Afghanistan selepas tidak mendapat tempat masuk susulan peraturan Covid-19 yang ketat di New Zealand.

Kisahnya menyerlahkan langkah sempadan ketat Wellington yang dibuat khusus untuk mengelakkan penularan koronavirus.

Namun, ia menarik perhatian berhubung keistimewaan yang diberikan Taliban kepada wanita berkenaan.

Taliban kerap dikritik kerana menekan hak wanita dalam beberapa bulan kebelakangan ini.

Mereka dituduh menangkap, menyeksa dan juga membunuh aktivis dan kempen.

Pada Selasa lalu, berikutan perhatian umum yang ketara mengenai kes itu, kerajaan New Zealand berkata, negara itu menawarkan tempat kuarantin kepada Bellis dan mengatur urusan penerbangan.

"Terdapat tempat dalam pengasingan terurus dan kuarantin untuk Bellis dan saya menggesa dia untuk mengambilnya," kata Timbalan Perdana Menteri Grant Robertson.

Dia menafikan tindakan itu dibuat berikutan perhatian terhadap kes itu.

New Zealand sebelum ini berkata, pihaknya sudah dua kali menawarkan bantuan konsular kepada Bellis yang menulis mengenai pengalamannya di sebuah akhbar negara itu.

Dalam ruangannya untuk New Zealand Herald, Bellis berkata, kerajaan menolak permohonannya untuk pulang ke tanah air untuk melahirkan anak.

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 3 Februari 2022 @ 6:45 AM