PENIAGA buat menolak troli ketika melalui mural petugas barisan hadapan Covid-19 di New Delhi. FOTO Arkib AFP.
PENIAGA buat menolak troli ketika melalui mural petugas barisan hadapan Covid-19 di New Delhi. FOTO Arkib AFP.
BERNAMA

New Delhi: Jumlah jangkitan kes Covid-19 di India meningkat kepada 39,543,328 pada Isnin, dengan 306,064 kes baharu direkodkan dalam tempoh 24 jam lalu, menurut data terkini kementerian kesihatan.

India merekodkan kes melebihi 300,000 untuk lima hari berturut-turut sejak lapan bulan yang lalu, lapor Xinhua.

Sementara itu, sebanyak 439 kematian direkodkan sejak pagi Ahad menjadikan jumlah korban akibat wabak berkenaan kini mencecah 489,848.

Sebanyak 2,249,335 kes aktif Covid-19 dicatatkan negara itu dengan peningkatan sebanyak 62,130 kes sejak 24 jam lalu.

Sebanyak 36,804,145 pesakit telah sembuh dan dibenarkan keluar dari hospital setakat ini, dengan 243,495 kes sembuh dalam tempoh 24 jam lepas dibenarkan pulang ke rumah.

Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 24 January 2022 @ 2:39 PM