MANGSA ditolak ke landasan kereta api. FOTO Agensi
MANGSA ditolak ke landasan kereta api. FOTO Agensi
Agensi

Hong Kong: Gara-gara kalah judi, seorang lelaki di Hong Kong tergamak menolak wanita di landasan kereta api.

Ketua Inspektor Lee Ying-chi berkata, suspek ditahan ialah seorang pekerja pengangkutan berusia 33 tahun dengan nama keluarga Yau.

Katanya, kejadian bermula apabila wanita itu menunggu ketibaan kereta api di sebuah platform di stesen Tai Hing North, sebelum dia tiba-tiba ditolak kaki judi itu.

"Wanita itu bernasib baik dapat naik semula ke atas platform itu kerana tiada kereta api.

"Mangsa terselamat tetapi cedera pada leher dan lengan sebelum dihantar ke Hospital Tuen Mun untuk rawatan," katanya dalam sidang akhbar seperti dilaporkan Coconuts.

Pihak berkuasa menyiasat sama ada suspek mempunyai masalah mental serta jika dia pernah berhubung dengan mangsa sebelum ini.

Rakaman kamera litar tertutup (CCTV) menunjukkan mangsa menuju ke hujung platform apabila lelaki itu menyasarkannya di tepi landasan.

Menurut jirannya, suspek berusia 33 tahun dipercayai kalah judi dan melepaskan kekecewaannya terhadap wanita itu.

Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 23 January 2022 @ 7:02 AM