PENGUNJUNG mengimbas kod QR untuk mendapatkan maklumat terperinci mengenai ikan dipesan. FOTO CNN
PENGUNJUNG mengimbas kod QR untuk mendapatkan maklumat terperinci mengenai ikan dipesan. FOTO CNN
Agensi

Abu Dhabi: Sebuah restoran di Dubai menggunakan pengimbas kod QR bagi mengelakkan berlaku kesilapan ke atas makanan yang dipesan.

Ini kerana dalam tempoh sedekad lalu terdapat beberapa laporan mengenai kemungkinan besar pelanggan akan mendapat ikan yang bernilai lebih rendah kerana kesalahan label.

CNN melaporkan pelanggan yang memesan ikan berkemungkinan dihidangkan dengan ikan yang bernilai lebih rendah.

Atau mereka mungkin merasakan sedang menikmati udang galah segar, namun sebenarnya udang yang dibekukan selama berbulan-bulan.

Restoran Rockfish kini cenderung kepada teknologi untuk membantu pelanggan mereka mengetahui asal usul ikan mereka sambil menjamu selera.

Pengunjung yang memesan ikan di situ akan menerima kod QR bersama pesanan mereka.

Kod berkenaan dihubungkan ke laman web yang mempunyai data bila dan di mana ikan itu ditangkap termasuk cara ia diangkut dan dokumen berkaitan untuk mengesahkan ia diperoleh dengan cara terbaik.

Chef Marco Acquaroli berkata terdapat banyak produk palsu atau label palsu pada menu di seluruh dunia.

Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 2 January 2022 @ 7:01 AM