FOTO HIASAN
FOTO HIASAN
Agensi

Singapura: Kementerian Kesihatan (MOH) Singapura, pada Ahad, memaklumkan pekerja yang belum divaksin tidak lagi dibenarkan kembali ke tempat kerja mulai 15 Januari depan, walaupun keputusan ujian saringan Covid-19, negatif.

Pekerja yang mengambil sekurang-kurangnya satu vaksin iaitu belum sepenuhnya akan diberikan tempoh sehingga 31 Januari depan untuk melengkapkan dos mereka, lapor Channel News Asia.

Dalam tempoh itu, pekerja terbabit boleh memasuki tempat kerja mereka dengan keputusan ujian saringan yang negatif.

"Perubahan ini akan membantu melindungi individu yang tidak divaksinasi dan mewujudkan tempat kerja yang lebih selamat untuk semua orang," kata MOH.

Vaksinasi juga akan menjadi syarat untuk kelulusan atau pemberian pas jangka panjang baharu, pas kerja dan kediaman tetap, mulai 1 Februari tahun depan.

Vaksinasi juga akan diperlukan apabila memperbaharui pas kerja sedia ada.

Pada peringkat permohonan, MOH berkata, majikan pemegang pas kerja akan dikehendaki membuat pengisytiharan bahawa kakitangan mereka dan tanggungan mereka sudah diberi vaksin sepenuhnya sebaik tiba di Singapura.

Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 27 Disember 2021 @ 10:38 AM