RIYADH. FOTO AFP
RIYADH. FOTO AFP
Agensi

Riyadh: Semua warga dan penduduk Arab Saudi diwajibkan mengambil dos penggalak vaksin COVID-19, mulai 1 Februari tahun depan.

Saudi Gazette, memetik satu sumber rasmi kerajaan melaporkan dos penggalak itu diperlukan untuk penduduk mendapatkan status 'imun' di aplikasi Tawakkalna.

Sumber itu menjelaskan bahawa suntikan penggalak akan diwajibkan lapan bulan selepas seseorang mendapatkan dos kedua vaksin.

Status 'imun' itu diperlukan bagi sesiapa yang ingin menghadiri sebarang acara sosial, ekonomi, komersial, kebudayaan, hiburan atau sukan di negara itu.

Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 5 Disember 2021 @ 5:00 PM