HAIWAN ternakan yang mati akibat debu Gunung Berpi Semeru. FOTO AFP
HAIWAN ternakan yang mati akibat debu Gunung Berpi Semeru. FOTO AFP
KESAN letusan Gunung Berapi Semeru. FOTO AFP
KESAN letusan Gunung Berapi Semeru. FOTO AFP
AFP

Jakarta: Gunung berapi, Gunung Semeru di Indonesia meletus pada Sabtu hingga meragut nyawa seorang individu, manakala puluhan mangsa melecur dan ribuan melarikan diri susulan insiden itu.

Menurut pihak berkuasa, dua individu dilaporkan hilang dan lapan terperangkap.

Lebih 300 keluarga dengan anak berlindung di perkampungan Curah Kerobokan yang dilanda teruk di Lumajang di Jawa Timur selepas rumah mereka musnah akibat abu gunung berapi dan lahar.

Penduduk di kampung berhampiran lain melarikan diri dalam keadaan panik apabila lava sejuk dan abu gunung berapi sampai ke kawasan kejiranan mereka, kata pihak berkuasa tempatan.

Pasukan penyelamat di Curah Kerobokan menemukan mayat selepas pencarian selama sejam.

Timbalan Pemangku Raja Lumajang Indah Masdar berkata, seramai 41 individu melecur teruk selepas terkena lava panas.

"Kami membawa mereka yang cedera ke pusat kesihatan, manakala yang melecur serius dikejarkan ke hospital.

"Dua daripada mangsa yang cedera dirawat di pusat kesihatan adalah wanita hamil," kata Masdar.

Serpihan dan banjir lava sejuk paras lutut menyukarkan usaha pasukan mencari dua penduduk tempatan yang hilang dan memindahkan lapan individu terperangkap dalam bangunan dilitupi lumpur.

Tambah Masdar, akses ke Lumajang juga terputus selepas aliran lava sejuk memusnahkan sebuah jambatan.

Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 5 Disember 2021 @ 9:34 AM