BERNAMA

Narathiwat: Seorang suri rumah maut selepas terkena tembakan di depan rumahnya di Tak Bai, Narathiwat, dalam kejadian 10.20 pagi (waktu tempatan), pada Rabu.

Timbalan Ketua Polis (Siasatan) Tak Bai Kapt Pol Phutida Nitichart berkata, wanita yang berusia 44 tahun itu maut di tempat kejadian dengan beberapa kesan tembakan pada bahagian dada.

Beliau berkata, polis sudah menahan seorang lelaki di sebuah kedai kopi yang terletak berdekatan tempat kejadian.

"Saksi memberitahu polis bahawa suspek yang memakai pakaian seragam renjer sudah mengugut penduduk tempatan sebelum kejadian," katanya ketika dihubungi di sini, hari ini.

Phutida berkata motif kejadian masih dalam siasatan polis.

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 2 Disember 2021 @ 11:34 AM