PETUGAS membantu pengembara di Lapangan Terbang Incheon, Korea Selatan. FOTO AFP s
PETUGAS membantu pengembara di Lapangan Terbang Incheon, Korea Selatan. FOTO AFP s
Agensi

Seoul: Semua pengembara ke Korea Selatan termasuk warganegara dan warga asing perlu menjalani kuarantin selama 10 hari semasa ketibaan tanpa mengira status vaksinasi mereka, kata Agensi Kawalan dan Pencegahan Penyakit Korea (KDCA), semalam.

Peraturan baharu itu akan bermula pada Jumaat ini, kata agensi itu.

Portal Channel News Asia (CNA) berkata, rakyat Korea Selatan dan warga asing yang tinggal dalam tempoh jangka panjang akan dibenarkan untuk kuarantin di rumah, manakala warga asing yang tinggal dalam tempoh singkat perlu dikuarantin di kemudahan sementara yang ditetapkan kerajaan, lapor agensi berita Yonhap.

Semua pengembara luar negara yang datang ke Korea Selatan juga akan diuji untuk varian Omicron.

Ini berlaku apabila Korea Selatan pada hari Rabu melaporkan lima kes varian Omicron.

Sepasang suami isteri yang divaksin sepenuhnya disahkan positif untuk varian itu selepas tiba minggu lalu dari Nigeria, diikuti oleh dua ahli keluarga dan seorang rakan mereka, menurut KCDA.

Singapura dan Korea Selatan melancarkan  Perjalanan Lengkap Vaksin (VTL) antara kedua-dua negara  pada 15 November lalu.

  • Lagi berita berkaitan Covid-19
  • Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 2 Disember 2021 @ 9:31 AM