GAMBAR hiasan
GAMBAR hiasan
AFP

Shanghai: Ratusan penerbangan dibatalkan, manakala beberapa sekolah di tutup dan lawatan berkumpulan ditangguhkan pada Jumaat selepas tiga kes Covid-19 dilaporkan di Shanghai.

Beijing sebelum ini berjaya mengekang penularan virus itu menerusi penutupan sempadan dan sekatan pergerakan (lockdown) mengejut).

Tiga kes itu membabitkan tiga sekawan yang pulang dari bandar Suzhou, minggu lalu, menurut pihak berkuasa kesihatan Shanghai.

Semua individu berkenaan sudah lengkap divaksin.

Berdasarkan laman web penjejak penerbangan VariFlight., 500 penerbangan dari dua lapangan terbang utama di Shanghai, dibatalkan pada Jumaat.

Pihak berkuasa turut mengarahkan semua lawatan berkumpulan merentasi wilayah ke bandar itu untuk dibatalkan.

Enam hospital di hospital juga menangguhkan perkhidmatan rawatan untuk pesakit luar.

Dalam pada itu, Suzhou dengan populasi kira-kira 13 juta ditutup untuk kunjungan pelancong dan mensyaratkan penduduknya untuk mengemukakan keputusan negatif ujian saringan Covid-19, untuk meninggalkan bandar itu.

  • Lagi berita berkaitan Covid-19
  • Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 26 November 2021 @ 12:56 PM