GAMBAR HIASAN
GAMBAR HIASAN
Agensi

New Delhi: Pelik tapi benar. Seorang wanita di India dilaporkan mendapatkan bantuan polis bagi menjernihkan kembali hubungannya dengan teman lelaki.

Media tempatan melaporkan hubungan pasangan berkenaan bermasalah apabila wanita itu terlupa tarikh ulang tahun kelahiran teman lelakinya itu.

Disebabkan itu, wanita dari Chhindwara, Madhya Pradesh dan kekasihnya dari Sarani itu bertengkar.

Susulan insiden berkenaan, lelaki terbabit mendiamkan diri selama beberapa jam kerana merajuk.

Wanita itu cuba beberapa kali berusaha untuk berbaik dengan kekasihnya, namun dia buntu.

Ia menyebabkan wanita itu nekad mendapatkan bantuan polis bagi menjernihkan hubungan mereka.

India Times melaporkan, polis kemudian memanggil lelaki terbabit ke balai polis untuk sesi kaunseling.

Tidak lama selepas itu, polis dikatakan berjaya mendamaikan pasangan terbabit dan menasihati mereka supaya segera berkahwin.

Difahamkan, keluarga kedua-dua pihak bersetuju dengan cadangan itu dan pasangan itu akhirnya dikahwinkan di Arya Samaj Mandir.

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 25 November 2021 @ 1:00 PM