YANGON. FOTO fail AFP
YANGON. FOTO fail AFP
BERNAMA

Yangon: Myanmar merancang menyambung semula pelancongan antarabangsa pada awal tahun depan, menurut Kementerian Perhotelan dan Pelancongan.

Untuk fasa pertama pembukaan, kementerian menjangkakan ketibaan pelawat dari negara serantau, kata Jabatan Perhubungan Awam dan Penerangan kementerian itu kepada Xinhua, pada Rabu.

"Kami sedang adakan rundingan dengan agensi kerajaan dan pihak swasta untuk menerima pelawat antarabangsa apabila lapangan terbang dan sempadan dibuka semula," kata seorang pegawai jabatan itu.

Myanmar menggantung operasi penerbangan penumpang komersial antarabangsa tidak termasuk penerbangan bantuan, perubatan dan penerbangan khas.

Selain itu pengeluaran semua jenis visa untuk warga asing dari semua negara juga digantung, berikutan dua kes positif Covid-19 dilaporkan pada 23 Mac tahun lepas.

Menurut kenyataan Kementerian Penerangan baru-baru ini, sempadan darat dengan Thailand pula akan dibuka semula bulan depan.

Menurut statistik terkini Kementerian Kesihatan, setakat 20 November lebih 10.4 juta orang sudah lengkap vaksin Covid-19 manakala lebih 4.91 juta sudah menerima dos pertama.

Sehingga September tahun ini Myanmar menerima kira-kira 100,000 pelawat, penurunan sebanyak 88 peratus berbanding tempoh sama tahun lalu, ekoran sekatan perjalanan Covid-19 .

Pada 2020, negara itu menerima kira-kira 900,000 pelawat.

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 25 November 2021 @ 10:26 AM