VAKSIN Pfizer. FOTO fail AFP
VAKSIN Pfizer. FOTO fail AFP
AFP

Baghdad: Iraq pada Sabtu mengesahkan menerima 1.2 juta dos vaksin Covid-19 Pfizer-BioNTech melalui skim perkongsian Akses Global Vaksin Covid-19 (Covax) ketika berdepan kebimbangan berlakunya gelombang keempat di negara itu.

Hampir tujuh juta rakyat Iraq menerima sekurang-kurangnya satu dos vaksin Covid-19, berjumlah 17.5 peratus daripada 40 juta penduduk negara itu, berdasarkan angka kerajaan.

Diganggu oleh konflik bertahun-tahun, rasuah dan pengabaian, sistem kesihatan Iraq bergelut untuk menangani wabak itu.

Kementerian Kesihatan Iraq mengumumkan pada hari Sabtu ketibaan penghantaran lebih daripada 1.2 juta dos vaksin anti-Covid Pfizer melalui program Covax dan Tabung Kanak-Kanak Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (Unicef).

"Iraq masih menghadapi bahaya daripada pandemik Covid-19.

"Kami menjangkakan untuk memasuki gelombang keempat dan ia boleh menjadi varian baharu," kata jurucakap kementerian Saif al-Badr pada Khamis. kepada televisyen kerajaan.

Lebih dua juta rakyat Iraq dijangkiti Covid-19 dan 23,628 meninggal dunia di Iraq sejak wabak itu melanda.

Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 21 November 2021 @ 10:21 AM