BANGKOK. FOTO AFP
BANGKOK. FOTO AFP
BERNAMA

Bangkok: Parlimen Thailand, semalam, mengundi untuk menolak rang undang-undang (RUU) pindaan perlembagaan yang antara lain menggesa pembubaran Dewan Senat dengan 250 anggota, bertujuan memastikan pengasingan kuasa yang jelas dan mengukuhkan demokrasi.

Pada sesi bersama di Parlimen hari ini untuk bacaan kali pertama RUU itu, 473 Ahli Parlimen dan senator menolaknya berbanding 206 yang menyokongnya, manakala enam lagi berkecuali.

RUU itu memerlukan 362 undi daripada kedua-dua dewan, iaitu Dewan Perwakilan dan Senat, termasuk satu pertiga daripada Dewan Senat, atau 83 senator, untuk meluluskan bacaan pertama.

Disokong oleh 130,000 penandatangan petisyen, dan ditaja oleh Dialog Pembaharuan Undang-undang Internet, kumpulan Law Reform Dialogue, Re-Solution group, the Progressive Movement and the Move Forward Party, RUU yang digelar sebagai 'piagam rakyat' juga mahu menyusun semula Mahkamah Perlembagaan dan agensi-agensi utama negara.

Ahli Dewan Senat dilantik di bawah perlembagaan 2017 yang diluluskan oleh junta tentera, justeru keputusan semalam sudah dijangka kerana kesemua 250 senator pasti tidak akan mengundi untuk membubarkan dewan.

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 18 November 2021 @ 8:41 AM