VAKSIN Pfizer. FOTO fail AFP
VAKSIN Pfizer. FOTO fail AFP
AFP

Canberra: Kerajaan Australia pada Rabu membenarkan suntikan dos penggalak Covid-19 kepada golongan berusia 18 tahun ke atas.

Dos penggalak berkenaan dijangka akan mula diberikan kepada keseluruhan populasi dewasa bermula bulan depan.

Pentadbiran Barangan Terapeutik (TGA) berkata, kebenaran itu diberikan kepada satu suntikan dos penggalak vaksin Pfizer-BioNTech kepada golongan dewasa.

"Kelulusan sementara itu bermakna individu berusia 18 tahun ke atas akan menerima suntikan dos penggalak sekurang-kurangnya enam bulan selepas lengkap suntikan vaksin utama," kata agensi itu.

Menteri Kesihatan, Greg Hunt berkata, program suntikan dos penggalak dalam skala besar populasi akan bermula selewat-lewatnya 8 November ini bergantung kepada kelulusan daripada badan imunisasi kebangsaan.

"Kami akan memberikan keutamaan kepada golongan berusia dan kurang upaya terlebih dulu," katanya.

Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 27 Oktober 2021 @ 9:48 AM