X
CECILIA Cheung antara selebriti yang menyahut cabaran itu. FOTO Agensi
CECILIA Cheung antara selebriti yang menyahut cabaran itu. FOTO Agensi
Agensi

Beijing: Pelbagai cabaran tular diilhamkan netizen di China sejak dua tahun kebelakangan ini.

Antara cabaran yang terkenal adalah cabaran saiz pinggang seperti kertas bersaiz A4.

Trend ini dicipta untuk mereka yang berhasrat memiliki pinggang ramping dan fleksibel.

Ia juga dianggap dapat membantu mempromosikan pelbagai bentuk tubuh.

Pentadbiran Siber China menganggap trend sebegini adalah sesuatu kehebatan luar biasa yang boleh dijadikan sesuatu untuk diingati.

Baru-baru ini, satu lagi cabaran mula tular di laman sosial China iaitu cabaran ukur garis rambut.

Ia bagi menentukan sama ada seseorang itu mempunyai garis rambut yang sempurna atau sudah mengalami keguguran rambut.

Cabaran ini dianggap lebih selamat berbanding cabaran lain yang diperkenalkan sebelum ini.

Apa yang perlu dilakukan adalah memeriksa jarak antara hujung rambut dan kening menggunakan jari.

Jumlah jari itu berbeza untuk lelaki dan wanita untuk menentukan sama ada garis rambut mereka adalah normal atau sebaliknya.

Semakin banyak bilangan jari, bermakna rambut seseorang semakin berkurangan.

Cabaran itu sebenarnya sudah diperkenalkan pada 2019 namun mula mendapat perhatian beberapa minggu lalu.

Ada netizen yang menyahut cabaran itu dan memuat naik gambar bilangan jari pada dahi di laman sosial.

Cecilia Cheung antara selebriti yang menyahut cabaran itu.

Dia memuat naik gambar cabaran itu pada 20 Oktober lalu.

Ibu tiga anak berusia 41 tahun itu dianggap memiliki jarak rambut dan dahi sempurna.

Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 26 Oktober 2021 @ 7:05 AM