PESAWAT A380 Singapore Airlines. FOTO AFP
PESAWAT A380 Singapore Airlines. FOTO AFP
Agensi

Singapura: Mulai November 2021, Singapore Airlines akan menggunakan pesawat A380 untuk penerbangan yang mengambil masa hanya 60 minit.

CNN melaporkan ia akan digunakan untuk penerbangan tertentu bagi laluan Singapura-Kuala Lumpur.

Ia dipercayai tempoh penerbangan terpendek menggunakan pesawat A380.

Singapore Airlines ketika mengesahkan perkara itu kepada CNN berkata, pesawat berkenaan akan digunakan secara 'ad hoc' bagi SQ106 (SIN-KUL) dan SQ105 (KUL-SIN).

Ia untuk tiga kali seminggu mulai 4 November hingga 2 Disember 2021.

Selain itu, pesawat A380 untuk penerbangan SQ126 (SIN-KUL) dan SQ125 (KUL-SIN), empat kali seminggu dari 5 November hingga 3 Disember.

Singapore Airlines sebelum ini mengumumkan untuk tidak lagi menggunakan pesawat A380 untuk laluan Singapura-London, mulai pertengahan November.

Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 20 Oktober 2021 @ 1:06 PM