FOTO disiarkan Agensi Berita Pusat Korea Utara (KCNA) menunjukkan ujian peluru berpandu berkenaan. FOTO EPA
FOTO disiarkan Agensi Berita Pusat Korea Utara (KCNA) menunjukkan ujian peluru berpandu berkenaan. FOTO EPA
AFP

Seoul : Korea Utara berjaya menguji peluru berpandu balistik dilancarkan dari kapal selam (SLBM) 'jenis baharu' ketika negara itu berusaha memiliki senjata lebih baik.

Peranti itu mempunyai banyak teknologi panduan kawalan canggih dan ia dilancarkan dari kapal yang sama digunakan dalam ujian SLBM pertamanya lima tahun lalu.

AFP melaporkan, gambar dari akhbar Rodong Sinmun menunjukkan peluru berpandu hitam dan putih muncul dari kapal selam, di permukaan air.

Penganalisis berkata, gambar itu adalah salah satu peluru berpandu yang dipamerkan oleh Pyongyang pada pameran pertahanan minggu lalu.

Kemampuan peluru berpandu kapal selam yang terbukti akan menjadikan teknologi persenjataan Korea Utara ke peringkat lebih tinggi dan memungkinkan ia dilancarkan ke luar Semenanjung Korea.

Namun, penggunaan kapal selam 8.24 Yongung yang sama seperti yang diuji lima tahun lalu menunjukkan bahawa ia mungkin mempunyai kemampuan yang terbatas.

Menurut kumpulan pemikir Inisiatif Ancaman Nuklear yang berpusat di Amerika Syarikat, ia seperti mampu melancarkan peluru berpandu balistik tunggal dan perlu berada di permukaan selang beberapa hari dan itu membataskan operasinya.

Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 20 Oktober 2021 @ 9:43 AM