SALINAN naskhah al-Quran yang dipamerkan.
SALINAN naskhah al-Quran yang dipamerkan.
Agensi

Dubai: Salinan naskhah al-Quran milik Presiden Thomas Jefferson dipamerkan di Pavilion Amerika Syarikat (AS) di Ekspo 2020 Dubai.

Buat pertama kalinya, naskhah bersejarah itu dipamerkan kepada umum selepas sekian lama disimpan dalam Perpustakaan Kongres di Washington.

"Ia akan dipamer di #USAPavilion sebagai artifak penting daripada tema kami, 'Kehidupan, Kebebasan dan Mengejar Masa Depan'," demikian menurut kenyataan Pavilion AS menerusi media sosial rasminya.

Jefferson Presiden Ketiga AS dan diiktiraf sebagai pengarang utama Deklarasi Kemerdekaan.

Salinan naskhah al-Quran merupakan dua jilid edisi kedua terjemahan Bahasa Inggeris oleh George Sale pada 1734.

Naskhah itu bersama peta Makkah yang dibingkaikan dipindah dari Perpustakaan Kongres dengan berhati-hati menggunakan kayu dan dulang buatan khas bersama alat pengesan getaran serta perubahan suhu.

Jefferson yang memegang jawatan presiden AS selama dua penggal dari 1801 hingga 1809 memperoleh salinan al-Quran itu ketika dia masih muda dan belajar dalam jurusan undang-undang.

Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 16 Oktober 2021 @ 6:55 AM