SINGA berkenaan.
SINGA berkenaan.
Agensi

Riyadh: Lazimnya kucing atau dan anjing terbiar berkeliaran di mana-mana bandar di seluruh dunia bukanlah sesuatu yang asing.

Jarang sekali kita menemui singa berkeliaran melintasi rumah ke rumah.

Namun, itulah kejadian yang berlaku di timur bandar Khobar.

Lapor, Arab News, kelibat seekor singa berkeliaran di bandar berkenaan mencetuskan kebimbangan orang ramai.

Kelibat haiwan itu dirakam penduduk sebelum ia tular di media sosial.

Pusat Hidupan Liar Kebangsaan mendedahkan, mereka menerima aduan daripada penduduk tempatan pada Selasa, yang melihat singa di kawasan kejiranan mereka.

Kakitangan pusat itu bertindak pantas menangkap haiwan itu sebelum ia meragut ketenangan orang ramai.

Haiwan itu dibawa untuk pemantauan doktor veterinar di sebuah pusat khas.

Bagaimanapun, laporan itu tidak memperincikan maklumat berhubung pemilikan haiwan berkenaan.

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 14 Oktober 2021 @ 2:37 PM