JAZAN. IMEJ Google Maps
JAZAN. IMEJ Google Maps
AFP

Riyadh: Lima individu cedera dalam serangan di sebuah lapangan terbang di bandar Jazan, berhampiran dengan sempadan Yaman.

Bagaimanapun, mangsa hanya cedera ringan.

Menurut Saudi Press Agency, individu itu cedera selepas satu projektil jatuh di Lapangan Terbang Raja Abdullah.

Ada beberapa serangan dilaporkan sebelum ini dan ia didakwa dilancarkan pemberontak Houthi yang menyasarkan sasaran di Arab Saudi.

Pada Rabu, empat pekerja cedera selepas tentera gabungan memintas sebuah dron yang menyasarkan lapangan terbang di Abha.

Individu terbabit cedera selepas terkena serpihan dron berkenaan.

Arab Saudi mengetuai tentera gabungan terbabit dalam perang di Yaman.

Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 9 Oktober 2021 @ 1:49 PM