GAMBAR HIASAN
GAMBAR HIASAN
AFP

Gaza: Penjawat awam di Gaza yang tidak divaksin dan dijangkiti Covid-19 tidak akan menerima cuti sakit berbayar

Pihak berkuasa Hamas berkata, tindakan undang-undang perlu diambil kepada kakitangan yang tidak mengikut arahan pengambilan vaksin, lapor AFP.

Hamas yang menguasai Semenanjung Gaza sejak 2007, berusaha memberi penerangan mengenai vaksin di wilayah yang disekat Israel itu, yang menempatkan kira-kira dua juta penduduk Palestin.

Kementerian Kesihatan Gaza sudah menerima 768,000 dos vaksin, tetapi hanya 140,000 penduduk yang divaksinasi sepenuhnya.

"Langkah undang-undang harus diambil terhadap pekerja yang tidak mengikuti arahan mengenai vaksinasi," kata Salama Maruf, ketua pejabat media Hamas.

Langkah sama diambil ke atas penjawat awam yang tidak divaksinasi selama beberapa minggu di Tebing Barat yang dikuasai Pihak Berkuasa Palestin.

Perdana Menteri Palestin Mohammed Shtayyeh berkata kebanyakan jangkitan baru di Tebing Barat berpunca daripada tidak divaksinasi.

Lebih daripada 234,000 kes Covid-19 direkodkan dan hampir 2,700 orang maut akibat virus itu di Tebing Barat.

Seramai lebih 596,000 orang lengkap dua suntikan di wilayah itu yang didiami kira-kira 2.3 juta penduduk Palestin.

Setakat ini, 168,000 kes Covid-19 direkodkan di Gaza, dengan 1,375 kematian.

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 30 September 2021 @ 10:14 AM