IMEJ daripada Kajian Geologikal Amerika Syarikat (USGS).
IMEJ daripada Kajian Geologikal Amerika Syarikat (USGS).
BERNAMA

Manila: Gempa bumi bermagnitud 5.7 menggegarkan wilayah Occidental Mindoro, awal pagi hari ini.

Menurut Institut Volkanologi dan Seismologi Filipina, gempa pada 1.12 pagi waktu tempatan itu dikesan pada kedalaman 74 kilometer (km), kira-kira 23 km dari Looc, bandar di timur laut negara itu.

Gegaran turut dirasai di Manila dan wilayah selatan dan utara di ibu negara Filipina.

Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 27 September 2021 @ 11:20 AM